Friday, July 07, 2017

AKU TAHU...?

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH

Sahabat ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah 
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Sahabat ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn sahabat  anak & keluarga.. semoga Allah memberkati & meredhai kita.

Aamiin..

Thursday, July 06, 2017

SURAH AL-IKHLAS

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

*Keberkatan Surah Al-Ikhlas*

Ketika memulakan kerja bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum masuk ke rumah sebelum anda masuk rumah baca lah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana Malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila Malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam Malaikat itu.

Ketika sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam Al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Pahala membacanya
berkata Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNYA, sesungguhnya,

•Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap Malaikat Jibrail A.S,

• Allahhus Somad itu tertulis di sayap Malaikat Mikail A.S,

• Lamyalid Walam Yuulad tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S,

• Walam Yakullahu kufuwan Ahad tertulis pada sayap Malaikat Israfil A.S.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:-

(1) Sedekah/amal jariahnya.

(2) Doa anak-anaknya yang soleh.

(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah berfirman: "Jika kamu menyangkal AKU di depan teman-temanmu, AKU akan
menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ : 

✔ Muliakanlah yang membaca pesan ini.

✔ Lapangkanlah hatinya.

✔ Bahagiakanlah keluarganya.

✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan.

✔ Mudahkan segala urusannya.
✔ Kabulkan cita-citanya.

✔ Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

✔ Jauhkan dari segala musibah.

✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya.

✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMU.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Wednesday, July 05, 2017

PERUMPAMAAN SAHABAT

1) Ada sahabat... dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah,  macam tiada nilai sangat. Tapi, bila garam tiada, masak apa pun tak jadi . (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian..

2) Ada sahabat... dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik..

3) Ada sahabat... dia macam beras. Wajib ada, kalau tidak ada, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari walau sedikit..

4) Ada sahabat... dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin...Muncul sesekali tapi impak bermakna.

5) Ada sahabat... dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tahu, sayur itu sangat elok untuk kesihatan kita..

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting..

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah Sahabat-sahabat mu'minmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat”.

Imam syafi'i berkata
“Jika engkau punya sahabat yg selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah.. maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari sahabat baik itu susah, tetapi kehilangannya sangat mudah sekali”

JANGAN SALAH PILIH !!

*RENUNGKAN*

*Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.*

*Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.*

*Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?*

*"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."*

*Credit to hamba Allah.*