Saidina Abu Bakar As Siddiq meriwayatkan sebuah hadis bermaksud "Tiga golongan tidak masuk Syurga ialah Penipu , Bakhli dan Suka mengungkit-ungkit (Pemberiannya).
Golongan Pertama- Penipu.
Menipu perbuatan keji yang dibenci Islam kerana menipu boleh mengguris hati seseorang yang memberi kepercayaan kepadanya.Akibat perbuatan itu orang lain yang jujur akan teraniaya kerana orang yang menjadi mangsa penipuan itu tidak akan percaya kepada orang yang jujur itu.
Justeru,Islam menganjurkan urusan hutang piutang atau pinjam meminjan diadakan perjanjian bertulis dengan dua saksi atau mengambil cagaran bagi memastikan kepentingan orang yang memberi hutang terjamin.
Golongan Kedua-Bakhil.
Sesungguhnya harta yang dimiliki seseorang itu adalah amanah Allah dan mereka tidak boleh bersikap bakhil dan kedekut kerana ia bukan miliknya secara mutlak .
Sikap kedekut dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran Rezeki yang didatangkan Allah kerana ada ketikanya Allah memberi rezeki kepada seseorang melalui saku orang lain.
Tetapi,disebabkan orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki orang lain.
Golongan Ketiga-Mengungkit segala kebaikan dan pemberian.
Firman Allah yang bermaksud "Hai orang yang beriman , Jangan kamu batalkan (Pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit (Perasaan Sipenerima) seperti seorang yang menafkahkan bertanya kerana Riya"Kepada manusi dan dia tidak beriman dengan Allah dan hari Akhirat"(Surah Al-Baqarah :264).
Mengungkit pemberian terhadap seseorang pasti akan menyengung perasaan orang yang menerimanya .Perbuatan itu mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang yang di ungkitnya.
Mengungkit pemberian bukan sekadar menghapus pahala sedekah tetapi berdosa kerana menyakati hati orang lain .Sesungguhnyaia bercangah dengan seruan persaudaran yang diwajibkan menjaga hati dan perasaan saudaranya .
HARI INI HARUS LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM...ANDA ADALAH GOLONGAN YANG BERUNTUNG........
Friday, March 30, 2007
Sunday, February 25, 2007
NASIHAT ABU HANIFAH KEPADA LELAKI PEMALAS.
PEDOMAN BUAT SAYA DAN SAUDARA SEKELIAN.
Satu ketika ,Imam Abu Hanifah berjalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, beliau terdengar suara seorang lelaki mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
"Aduhai ,alangkah malang nasibku,agaknya tiada seorangpun yang lebih malang daripada nasibku ini .
"sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai.Siapakah yang sudi memberi curahan air,walaupun setitik?"keluh lelaki tersebut.
Mendengar keluhan lelaki,Abu Hanifah berasa kasihan lalu balik kerumahnya dan mengambil bungkusan untuk diberikan kepada lelaki itu. Sebaik tiba di rumah lelaki itu Abu Hanifah terus melemparkan bungkusan berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalananya.
Dalam pada itu , Lelaki berasa terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui darimana datangnya,lantas beliau tergesa-gesa membukanya.
Apabila membukanya ,selain berisi wang ada secebis kertas yang bertulis " Hai manusia ,sesungguhnya tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu , kamu tidak pernah atau perlu mengeluh mengenai nasibmu . ingatlah kepada Allah dan cubalah bermohon kepadanya dengan bersungguh- sungguh. Jangan berputus asa , hai kawan , tapi berusahalah terus "
Keesokan harinya ,Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi . " Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan pemurah , Sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini . Sesungguhnya jika tidak beri akan lebih sengsara hidup ku , Wahai untung nasibku .
mendengar keluhan itu lagi , Abu Hanifah melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas diluar jendela itu .lalu meneruskan perjalanannya . Seperti sebelumnya didalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya "Hai sahabat bukan begitu cara bermohon , bukan demikian cara berikthiar dan berusaha . Perbuatan demikian "MALAS " namanya .
Sesungguhnya tidak reda Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa , enggan berkerja untuk keselamatan dirinya . Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang MALAS berkerja dan tidak mengabulkan doa orang yang berputus asa . .Sahabat .....carilah pekerjaan.....saya doakan lekas berjaya ."
Sebaik selesai membaca surat itu . Lelaki tersebut termenung , insaf dan sedar akan sifat buruknya yang selamai ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha .
Keesokan harinya , dia keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan.........Sejak itu ,sikapnya juga berubah..........
dipetik daripada:
berita minggu 25/2/07 .

Sunday, February 18, 2007
BERLAKU ADIL TERHADAP ANAK
Hendaklah berlaku adil dalam pemberian dan wasiat terhadap anak - anak ,Diriwayatkan , salah seorang sahabat memberi hadiah kepada salah seorang anaknya dan ia ingin Rasullah SAW menjadi saksi .Baginda bersabda: Apakah mereka semua engkau beri seperti itu?"Orang itu menjawab"Tidak "Rasullah SAW bersabda tidaklah baik hal ini ,dan tidak bersaksi kecuali atas kebenaran '(hadis shahih )
Ayah juga perlu menggembirakan putera-puteranya.Diriwayatkan serombongan orang dusun singgah kepada Rasullah SAW,mereka bertanya" Apakah kamu mencium anakmu?"Baginda menjawap " ya " .orang itu berkata :Tetapi demi Allah kami tidak mencium".Nabi SAW berkata Apakah harapanmu jika Allah telah mencabut kasih sayang darimu ?(HR Ibnu majah)
Ibu itu bagai sekolah untuk kita persiapkan bangsa yang berakhlak baik .Agar ibu bapa mengetahui keutaman pendidikan puteri-puteri,dikemukakan hadis -hadis diantaranya .Diriwatkan dari Anas ibn Malik ra,ia berkata ,bersabda RasullahSAW bermaksud ," Barang siapa memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh ,di akhirat kiamat aku akan berada dekat dengannya di syurga " sambil baginda merapatkan kedua jarinya.(HR Muslim )
Diriwayatkan dari Aisyah ra,ia berkata seorang wanita bersama dua orang puteriny datang dan meminta sesuatu kepadaku .Aku tidak mendapatkan apa-apa selain sebiji kurma ,lalu kuberikan kepadanya.Perempuan itu mengambilnya dan membelahnya menjadi dua kemudian dia bagi kedua puteranya dan ia tidak makan sedikit pun .Kemudian perempuan itu berdiri dan keluar bersama kedua puterinya .sesudah itu Rasullah datang dan kuceritakan kejadian itu kepadanya.Rasullulah SAW berkata ;
Barang siapa mendapat ujian dari purtri-puterinya, lalu berbuat baik kepada mereka ,mereka menjadi tabir baginya dari api neraka "(HR Ibnu Mubarak )
Diriwayatkan dari Abu Ibn Malik juga ia berkata"bersabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tidaklah seorang hamba mempunyai tiga orang puteri lalu ia memberi nafkah kepada mereka samapi mereka dewasa atau mati ,melainkan mereka menjadi tabir baginya dari api Neraka" .Seorang perempuan berkata : Ya Rasullulah ,dan juga dua puteri ? Baginda menjawap :"juga dua orang puteri" .
Bila suami isteritidak punya anak ,dan sudah jelas mereka berdua atau salah seorang dari mereka tidak akan boleh punya anak kerana mandul atau lanjut usianya,keduanya atau salah satunya hendaklah mendekat kepada Allah SWT dengan doa Nabi Zakariah Alaihis Salam:
ertinya "Wahai Tuhanku ,berilah aku keturunan yang baik dari sisimu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Doa " (Ali Imran 38 ) " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia maha pengampun " Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat " .Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalammya )untukmu Sungai -sungai ." ( nuh 10-12 )

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA
"Hai anakku,jadikan takwa kepada Allah Ta'ala sebagai perdaganganmu,Engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan"
"Hai anakku,hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengigatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia'
"Hai anakku,Janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur diatas tempat tidurmu"
"hai anakku ,Janganlah menangguhkan taubat ,Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".
"Hai anakku ,Jangan engkau mencintai orang bodoh,sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".
"Hai anakku ,Jauhilah kejahatan ,nescaya kejahatan akan menjauhimu,kerana kejahatan berbangkit ".
"Hai anakku ,hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama(org bijaksana)kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah,sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat ,Jauhkan dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk kerana orang berdusta hilanglah air mukanya (rasa malunya),dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya,Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".
"Hai anakku ,sesungguhnya dunia itu laut yang dalam .Banyak orang yang hanyut didalamnya ,Jadikanlah takwah kepada Allah sebagai kapalmu didalamnya ,dan peralatannya iman kepadanya serata layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".
"Hai anakku ,apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,buatlah ia marah sebelumnya .jika dia berlaku bijaksana diwaktu marah,teruskanlah,kalau tidak, jauhilah dia ".
"Hai anakku ,sejak engkau datang kedunia ,engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat ,Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".
"Hai anakku ,biasakan lidahmu mengucapkan "Ya Allah ,ampunilah aku "kerana Allah mempunyai saat -saat ketika doa tidak ditolak ".
"Hai anakku ,janganlah engkau berhutang ,kerana berhutang adalah kerendahan disiang hari dan kesusahan di malam hari ",
Dalam riwayat Tarmizi:
"Peliharalah hak Allah nescaya engkau mendapatinya dihadapanmu,kenalilah Allah dikala sejahtera,nescaya Allah mengenalmu di kala susah ,dan ketahuilah ,yang luput darimu tidak akan menimpamu,dan yang menimpamu tidak akan luput darimu ,ketahuilah,pertolongan itu bersama kesabaran dan kebebasan itu bersama musibah dan sesungguhnya disamping kesulitan ada kemudahan .

Subscribe to:
Posts (Atom)