Showing posts with label Taskirah. Show all posts
Showing posts with label Taskirah. Show all posts

Wednesday, June 14, 2017

SEDEKAH SEBAGAI UBAT..

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?
Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19
Rujukan dari hadis2
1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT
2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang
3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam
4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur
5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut
6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan
7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT
8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda
9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat
10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda
11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT
12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah
13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat
14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati
15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah
16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia
17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup
18. Sedekah adalah ubat
19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas
20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2
Yang akhir sekali.....
Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..```

SAYANGI BIDADARI ANDA !!

Bila sampai di rumah jam 1 pagi, tengok bidadari sudah tertidur di sofa ruang tamu, menunggu suami pulang. Rasa sebak pula.
"Ya Allah, kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ye Allah, beri syurga firdaus buat dirinya. "
Perlahan-lahan saya beri salam dan tutup supaya dia tidak terjaga. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Iyalah, mana sempat seorang isteri itu untuk berehat. 
Saya masuk bilik, tengok ada dua bakul baju besar yang masih belum dilipat. Ada sebahagian kecil yang sudah dilipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha melipat semuanya. Terasa sakit pinggang dan jenguh juga menghabiskan semuanya dan puas juga tengok baju anak. 
Saya sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak-anak sebab semua almari lain-lain. Anak dah empat orang. Sebak fikir, macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan, setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti. 
Hampir dua jam melipat baju, makin sebak rasanya. Ya Allah, ganjarilah sebesar-besar ganjaran buat bidadariku.
Selesai melipat baju, saya masukkan ke dalam almari. Susun ikut almari masing-masing yang jumlahnya ada enam buah almari. Semuanya lain-lain, ada baju siang, baju malam, baju jalan, baju rumah, baju tidur. Ada baju yang perlu digantung atau dilipat.
Bila tengok dalam almari, semuanya kelihatan cantik dan kemas. Hebatnya seorang wanita. Rupanya nak melipat kain pun penuh kesenian, ketelitian dan sistem
Saya terus sambung tengok bidadari saya ada iron bunga itu pada shawl dua muka. Ada buat sikit-sikit untuk dijual kepada kawan dan diberi kepada keluarga. Saya tolong dia buat kesemuanya sambil mendengar ceramah menggunakan earphone. Bimbang bidadari saya terjaga kerana saya tahu bidadari saya penat menjaga dan mengurus anak-anak. Itupun saya takkan mampu membalas jasanya itu. Ya Allah. 
Bila bangun pagi untuk bersahur, bidadari saya menangis kejutkan saya. 
"Kenapa abang buat semua ini? Abang penat berdakwah, ceramah.." katanya. 
"Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Berusaha bahagiakan hati sayang, buat Allah sayang abang. Abang nak pegang tangan sayang, pimpin masuk syurga," kata saya.
Walaupun mengantuk ada ceramah, tetapi begitulah bidadari saya setiap hari. Begitulah juga ibu saya, semua isteri dan ibu di luar sana. Wahai suami, jadilah suami atau anak lelaki yang bertimbanmg rasa. 
Sedih bila ramai juga yang jumpa saya hari ini menangis. Ibu-ibu yang dimarah hanya kerana meminta tolong suami buang sampah yang berat, dari dapur ke depan rumah. Atau menjerit meminta tolong tengokkan anak sebab isteri nak solat, Atau minta tolong tengokkan ikan dalam kuali agar tidak dimasak sampai hangit. 
"Awak ni tak berhenti suruh saya, awak ingat saya ini apa? Kenapa tak bagi saya berehat?" (ayat biasa yang diungkap suami kebanyakan). 
Cuba tanya bila masa isteri atau ibu kita berehat? Tolonglah tanya dan dengar. Bukalah hati. Nabi SAW pesan agar, apa yang kita ingin untuk diri kita, kita inginkan untuk pasangan. Itulah mawaddara warahmah. 
Sumber: Ustaz Ebit Lew

Ads :- Suka membaca !! Tapi susah nak bawa majalah kesana kemari ..
cuba baca yang digital . >> https://goo.gl/7fOCNG << Klik link ini !!

MUNAJAD RAMADHAN

Doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
aamiin3 ya rabbal'aalamiin,,,

Ads : Suka membaca !! Tapi susah nak bawa majalah kesana kemari ..
cuba baca yang digital .
>> https://goo.gl/7fOCNG <<
Klik link di atas !!

SEDEKAH 4000 DINAR..?

🌻Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah

🌻 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.

🌻Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.

🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.

🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.

🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.

🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.

🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.

🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

🌻Saran⚠ Jangan tunggu lagi....Kirimlah pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Monday, June 12, 2017

BERAPA UMUR ANDA...SUDAH 50 TAHUN KAH ?

Firman Allah SWT : *"...Bukankah Kami telah memberimu umur sehingga kamu sempat mengingat bagi sesiapa yang mau mengingat?"* _(Fathir : 37)_

*"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"* _(HR.Bukhari)_

Al-Khattabi berkata : *"Maknanya, orang yg Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. Karena usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dgn kematian,* maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dgn khusyuk, dan *bersiap2 bertemu Allah."*
_(Tafsir al-Qurthubi)_

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : *"Berarti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!"*

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun :

*🌿Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat.*

*🌿Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.*

*🌿Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yg kurang diperlukan utk mendukung amal shalih.*

*🌿Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.*

*🌿Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa manfaat yg dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.*

*🌿Jangan gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dg rasa sabar dan bersyukur.*

*🌿Perbanyak doa mengharap keridha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.*

*🌿Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.*

*🌿Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.*

*🌿Kerapkan menjalin silaturahim dan merekatkan hubungan yang renggang sebelumnya.*

*🌿Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.*

*🌿Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.*

*🌿Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.*

*🌿Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.*

*🌿Berhentilah dari semua maksiat !*

*mata*, _berhentilah memandang yg tidak halal bagimu_

*tangan*, _berhentilah dari meraih yg bukan hak mu_

*mulut*, _berhentilah makan yg tidak baik dan yg tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain_

*telinga*, _berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat_

*🌿Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yg terjadi dan menimpa*

*🌿penuhi terus hati dan lisan kita dg istighfar & taubat utk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu.*
----------------------------------------------
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِين

_Robbighfirlii waliwaalidayya walil mu-miniin_
----------------------------------------------

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun.

karena...

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

Sunday, June 11, 2017

DUA BELAS ORAMG YANG DIDO'AKAN OLEH MALAIKAT

Ada beberapa golongan manusia yang dido'akan oleh Malaikat :
*1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.*
_"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdo'a; Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan karena tidur dalam keadaan suci."_
(HR. Imam Ibnu Hibban dari Abdulllah bin Umar).

*2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu sholat.*
_"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu sholat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para Malaikat akan mendo'akannya; Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."_
(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim: 469)

*3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam sholat berjama'ah.*
_"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan."_
(HR. Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib).

*4. Orang yang menyambung shaf sholat berjama'ah (tidak membiarkan kosong di dalam shaf).*
_"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat selalu bersholawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf."_
(HR. Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah)

*5. Para Malaikat mengucapkan "Aamiin... " ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.*
_"Jika seorang Imam membaca; ghoyril maghdhubi 'alayhim waladh-dhol-liin, maka ucapkanlah oleh kalian "Aamiin.. ", karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu."_
(HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari: 782).

*6. Orang yang duduk di tempat sholatnya setelah melakukan sholat.*
_"Para Malaikat akan selalu bersholawat (berdo'a) untuk salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat sholat di mana ia melakukan sholat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para Malaikat) berkata; Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia."_
(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 8106).

*7. Orang-orang yang melakukan sholat Shubuh dan Ashar secara berjama'ah.*
_"Para Malaikat berkumpul pada sa'at sholat shubuh lalu para Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu sholat 'Ashar dan Malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga sholat 'Ashar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?", mereka menjawab; kami datang sedangkan mereka sedang melakukan sholat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka Hamba sedang melakukan sholat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat."_
(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad no. 9140).

*8. Orang yang mendo'akan Saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang dido'akan.*
*_"Do'a seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang dido'akannya adalah do'a yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdo'a untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka Malaikat tersebut berkata;  "Aamiin.. " dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."_*
(HR. Imam Muslim dari Ummud Darda', Shohih Muslim: 2733).

*9. Orang-orang yang berinfak.*
_"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 Malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak", dan lainnya berkata, "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit (bakhil)"._
(HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shohih Bukhori: 1442 dan Shohih Muslim: 1010)

*10. Orang yang sedang Makan Sahur.*
_"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersholawat (berdo'a ) untuk orang-orang yang sedang makan sahur". Insya Allah termasuk di sa'at sahur untuk puasa "sunnah"._
(HR. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath-Thabroni, dari Abdullah bin Umar).

*11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.*
_" Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Alllah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bersholawat untuknya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh."_
(HR. Imam Ahmad dari 'Ali bin Abi Tholib, Al-Musnad: 754)

*12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.*
_"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan-Ku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bersholawat untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain."_
(Al-Hadits dari Abu Umamah Al-Bahily).

Fastabiqul khairat.
Mari kita amalkan dan Insha Allah bermanfa'at,
Aamiin..

Friday, June 09, 2017

JANGAN TUNGGU SAMPAI TUA...

Org muda sila baca...walau agak panjang.... Org tua lagilah kena baca...
*Pemuda:* Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.
*Pakcik:* Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.
*Pemuda:* Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja.
*Pakcik:* Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?
*Pemuda:* Hmmm.
*Pakcik:* Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak.
*Pemuda:* Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?
*Pakcik:* Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu. Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.
*Pemuda:* Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?
*Pakcik:* Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal Al Quran setiap hari. In Syaa Allah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.
*Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar. Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid. Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & Al Quran.*
Ramadan Kareem

PEDASNYA TASKIRAH INI

Pedasnya taZkirah ni 
*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*
Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.
3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.