Wednesday, May 09, 2007

SEKADAR RENUNGAN...

Setiap mata yang tertutup tidak bererti ia tidur dan setiap mata yang terbuka tidak bererti ia melihat ........

JANGAN BERBOHONG.....

Asma Abu Bakar meriwayatkan "seorang wanita bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasulullah aku mempunyai jiran ( Madu ).Adakah ada dosa bagiku apabila aku mengatakan "Aku merasa puas bergelumang harta daripada suamiku...tetapi sebenarnya itu tidak diberikan kepadaku "

Maka Rasulullah bersabada .
"Orang yang berpura -pura merasa puas ( bergelumang harta ) .Sedangkan sebenarnya tidak diberikan kepadanya bagaikan memakai dua pakaian palsu ."
(hadis sahih Ahmad , Bukhari , Muslim , Abu Daud , At-Tarmizi , Al - Hamdi dan At- Tabrani)

HINDARI PERGAULAN BEBAS....

Diriwayatkan daripada Jabir ,dia nerkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud ,
"Ingatlah ,jangan kalian menginapkan (menumpangkan ) seorang lelaki dengan seorang perempuan janda kecuali dia menikah atau ada muhrim. "( hadis sahih daripada muslim)

Nota: Hadis ini menyentuh mengenai pergaluan bebas antara lelaki dan wanita.Bahaya pergaulan bebas pernah diungkapkan Rasulullah dengan berkata ."Takutlah kamu,kepada wanita. "Seorang sahabat kaum ansar lalu bertanya, "Ya Rasulullah bagaimana jika dari kaum kerabat terdekat suami ? " Balas Rasulullah " kerabat dekat suami berbahaya " (Hadis sahih daripada Bukhari ,Muslim,at-tarmizi )

Yang dimaksudkan Rasulallah dengan kerabat dekat adalah mereka yang selain ayah dan anak-anaknya kerana dua golongan ini muhrim bagi isteri .Selain mereka merujuk kepada saudara lelaki ,anak lelaki dari saudara lelaki , bapa saudara anak lelaki dan lingkungan itu , tidak dibenarkan samasekali berdua-duan dengan wanita dikhuatirkan berlaku fitnah.

Wasiat ini juga memberi tumpuan kepada janda , bukan gadis .Ini kerana umumnya gadis selalu berada dibawah pengawasan ibubapa.Namun begitu secara mudah difahami jika golongan janda sekalipun dilarang berdua-duan dengan lelaki yang bukan muhrim ,maka apatah lagi golongan gadis dan isteri- isteri.

dipetik daripada
Majalah Nur FEB05.