Monday, March 16, 2009

Indahnya Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak-tangis sanak-saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok kita....
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....


Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia.. semua yang
mengasyikkan... menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang
menjemukan, lupa kita isi dengan hal-hal yang dapat menyinari jiwa, yang
nantinya akan kita bawa kepada NYA.


Mengapa susah menerima kebenaran?

Apakah karena kosongnya jiwa

yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?


Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita,
sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

Thursday, March 05, 2009

PESANAN LOQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK2NYA...

Daripada Abdullah bin Amar r.a ,Rasulullah bersabda ; Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

1. Hai , anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam banyak manusia yang karam didalamnya.Bila engkau ingin selamat layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Takwa isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah.

2.Orang- orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya mendapat penjagan Allah.Orang yang insaf sedar setelah menerima nasihat dari orang lain . Dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.

3. bersambung.....

Sunday, March 01, 2009

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG MESTI DIIKUTI.

Sebelum Imam Shafie wafat ,beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut.
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia ini dalam keadaan selamat maka dia hendaklah mengamalkan sepuluh perkara .
  1. Hak kepada diri -iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan ,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
  2. Hak kepada malaikat maut - Iaitu mengqadakan kewajipan -kewajipan yangtertinggal,mendapatkan kemaafandari orang yang dizalim,membuat persedian untuk mati berasacinta pada Allah.
  3. Hak kepada kubur - Iaitu membuang tabiat suks menabur fitnah,membuang tabiatkencing merata- rata,memperbanyakan solat tahujjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak kepada Munkar dan Nakir - iaitu tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat mensihat.
  5. Hak kepada Mizan( Neraca timbangan amalan pada hari Akhirat ). Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir,mengikhlaskan amalandan sanggup menanggung kesulitan
  6. Hak kepada Sirat - ( Titian yang merentangi Neraka pada hari akhirat ).Membuang tabiat sukamengumpat ,wara, suka membantu orang berimandan suka berjemaah.
  7. Hak kepada Malik - (Malikat penjaga Neraka ) Iaitu menanggis lantaran takutkan Allah s.w.t .berbuat baik kepada Ibu Bapa,bersedekah ,ketika terang -teranganserta sembunyi dan memperelok AAkhlak .
  8. Hak kepad Redwan ( Malikat penjaga Syurga ).Iaitu merasa redakepada qadha Allah,bersabar menerima bala,bersyukur keatas nekmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat .
  9. Hak kepada Nabi s.a.w - iaitu berselwat keatasnya ,berpegang dengan syariat,bergantung kepada Al- sunah ( Hadis) menyangai para sahabat dan bersaling dalam mencari kelebihan Allah .
  10. Hak kepada Allah s.w.t iaitu mengajak manusia kearah kebaikan ,mengcegah manusia dari kemungkaran ,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .
  11. Semoga kita dapat beramal dengan wasiat -wasiat Iman Shafie yang amat berguna ini

SEKADAR RENUNGAN BUAT SAYA DAN SAUDARA.....

EMPAT DARJAT MANUSIA .


KHALIL BIN AHMAD MENYATAKAN ,BAHAWA MANUSIA TERBAHAGI KEPADA EMPAT MACAM,IAITU ...

  • MANUSIA YANG TAHU MENGERTI ,DAN DIA TAHU BAHAWA IA TAHU ,YANG DEMIKIAN IALAH MANUSIA YANG BERILMU,YANG BOLEH MENJADI PEMIMPIN .
  • MANUSIA YANG TAHU ,TAPI IA TIDAK TAHU BAHAWA IA TAHU ,ORANG YANG DEMIKIAN SEDANG TERTIDUR DAN PERLU DIBANGUNKAN .
  • ORANG YANG TIDAK TAHU ,DAN DIA TAHU BAHAWA IA TIDAK TAHU, ORANY YANG DEMIKIAN PERLU DIBIMBING SUPAYA MENJADI ORANG YANG CERDAS
  • ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK TAHU BAHAWA IA TAHU .ORANG DEMIKIAN PERLU DIJAUHI .

TINGGALKAN LIMA PERKARA .

  • TINGGALKAN PANDANGAN YANG LIAR ,NESCAYA ANDA TEKUN DAN KHUSUK
  • TINGGALKANLAH PERKATAAN YANG BERLEBIH -LEBIHAN ,NESCAYA ANDA MENDAPAT HIKMAT DAN MENJADI ORANG YANG BIJAKSANA ..
  • TINGGALKAN MAKAN YANG MELAMPAU BATAS ,NESCAYA ANDA AKAN SIHAT DAN RAJIN MELAKUKAN IBADAT .
  • TINGGALKAN MELIHAT AIB ORANG LAIN ,NESCAYA ANDA AKAN MENGENAL CACAT ANDA SENDIRI
  • TINGGALKAN LAH PENYELIDIKAN YANG TERLAMPAU MENDALAM TENTANG ZAT ALLAH ,NESCAYA ANDA TERHINDAR DARI KERAGUN-KERAGUAN DAN KEMUNAFIKAN .

SEKADAR RENUNGAN BUAT SAYA DAN SAUDARA.....

EMPAT PERKARA YANG TIDAK PERNAH PUAS.

    • TANAH DARI AIR
    • WANITA DARI LELAKI
    • MATA DARI MEMANDANG( MELIHAT )
    • ORANG ALIM DARI ILMU .
HADIS RIWAYAT HAKIM

EMPAT PEKARA YANG MEMBINASAKAN

  • PENGLIHATAN YANG TERTUTUP
  • HATI YANG KESAT
  • TAMAK (RAKUS)
  • PANJANG ANGAN -ANGAN
HADIS RIWAYAT ABU NAIM DARI ANAS

WASIAT RASULLAH S.A.W.

"TELAH BERSABDA RASULLAHS.A.W.JIBRIL SENTIASA MENG HARAPKAN AKAN MENJADI MANUSIA KERANA TUJUH PERKARA IAITU ,SEMBAYANG BERJEMAAH YANG LIMA WAKTU,DUDUK BERSAMA ULAMA -ULAMA,MENZIAHARI ORANG SAKIT ,MENGHANTAR JENAZAH,MEMBERI AIR MINUM,MENDAMAIKAN DIANTARA DUA ORANG YANG BERMUSUH MUSUHAN DAN MEMULIAKAN JIRAN SERTA ANAK YATIM .MAKA BERSUNGGUH -SUNGGUH ENGKAU ATAS PERKARA TERSEBUT"

TELAH BERSABDA RASULLAH S.A.W : BERAMALLAH ENGKAU DENGAN LURUS HATI KERANA ALLAH .BAHAWASNYA ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA MALAINKAN ORANG YANG LURUS HATINYA .ALLAH TELAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUT "BARANG SIAPA MENGHARAP UNTUK BERJUMPA DENGAN TUHANNYA MAKA HENDAKLAH DIA BERAMAL YANG BAIK DAN JANGAN MENGPERSEKUTUKAN TUHAN DENGAN APA JUA PUN "