Sunday, February 25, 2007

NASIHAT ABU HANIFAH KEPADA LELAKI PEMALAS.

PEDOMAN BUAT SAYA DAN SAUDARA SEKELIAN.

Satu ketika ,Imam Abu Hanifah berjalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, beliau terdengar suara seorang lelaki mengeluh dan menangis tersedu-sedu.

"Aduhai ,alangkah malang nasibku,agaknya tiada seorangpun yang lebih malang daripada nasibku ini .

"sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai.Siapakah yang sudi memberi curahan air,walaupun setitik?"keluh lelaki tersebut.

Mendengar keluhan lelaki,Abu Hanifah berasa kasihan lalu balik kerumahnya dan mengambil bungkusan untuk diberikan kepada lelaki itu. Sebaik tiba di rumah lelaki itu Abu Hanifah terus melemparkan bungkusan berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalananya.

Dalam pada itu , Lelaki berasa terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui darimana datangnya,lantas beliau tergesa-gesa membukanya.

Apabila membukanya ,selain berisi wang ada secebis kertas yang bertulis " Hai manusia ,sesungguhnya tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu , kamu tidak pernah atau perlu mengeluh mengenai nasibmu . ingatlah kepada Allah dan cubalah bermohon kepadanya dengan bersungguh- sungguh. Jangan berputus asa , hai kawan , tapi berusahalah terus "

Keesokan harinya ,Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi . " Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan pemurah , Sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini . Sesungguhnya jika tidak beri akan lebih sengsara hidup ku , Wahai untung nasibku .

mendengar keluhan itu lagi , Abu Hanifah melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas diluar jendela itu .lalu meneruskan perjalanannya . Seperti sebelumnya didalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya "Hai sahabat bukan begitu cara bermohon , bukan demikian cara berikthiar dan berusaha . Perbuatan demikian "MALAS " namanya .

Sesungguhnya tidak reda Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa , enggan berkerja untuk keselamatan dirinya . Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang MALAS berkerja dan tidak mengabulkan doa orang yang berputus asa . .Sahabat .....carilah pekerjaan.....saya doakan lekas berjaya ."

Sebaik selesai membaca surat itu . Lelaki tersebut termenung , insaf dan sedar akan sifat buruknya yang selamai ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha .

Keesokan harinya , dia keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan.........Sejak itu ,sikapnya juga berubah..........

dipetik daripada:
berita minggu 25/2/07 .

Sunday, February 18, 2007

BERLAKU ADIL TERHADAP ANAK

Hendaklah berlaku adil dalam pemberian dan wasiat terhadap anak - anak ,Diriwayatkan , salah seorang sahabat memberi hadiah kepada salah seorang anaknya dan ia ingin Rasullah SAW menjadi saksi .Baginda bersabda: Apakah mereka semua engkau beri seperti itu?"Orang itu menjawab"Tidak "Rasullah SAW bersabda tidaklah baik hal ini ,dan tidak bersaksi kecuali atas kebenaran '(hadis shahih )

Ayah juga perlu menggembirakan putera-puteranya.Diriwayatkan serombongan orang dusun singgah kepada Rasullah SAW,mereka bertanya" Apakah kamu mencium anakmu?"Baginda menjawap " ya " .orang itu berkata :Tetapi demi Allah kami tidak mencium".Nabi SAW berkata Apakah harapanmu jika Allah telah mencabut kasih sayang darimu ?(HR Ibnu majah)

Ibu itu bagai sekolah untuk kita persiapkan bangsa yang berakhlak baik .Agar ibu bapa mengetahui keutaman pendidikan puteri-puteri,dikemukakan hadis -hadis diantaranya .Diriwatkan dari Anas ibn Malik ra,ia berkata ,bersabda RasullahSAW bermaksud ," Barang siapa memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh ,di akhirat kiamat aku akan berada dekat dengannya di syurga " sambil baginda merapatkan kedua jarinya.(HR Muslim )

Diriwayatkan dari Aisyah ra,ia berkata seorang wanita bersama dua orang puteriny datang dan meminta sesuatu kepadaku .Aku tidak mendapatkan apa-apa selain sebiji kurma ,lalu kuberikan kepadanya.Perempuan itu mengambilnya dan membelahnya menjadi dua kemudian dia bagi kedua puteranya dan ia tidak makan sedikit pun .Kemudian perempuan itu berdiri dan keluar bersama kedua puterinya .sesudah itu Rasullah datang dan kuceritakan kejadian itu kepadanya.Rasullulah SAW berkata ;
Barang siapa mendapat ujian dari purtri-puterinya, lalu berbuat baik kepada mereka ,mereka menjadi tabir baginya dari api neraka "(HR Ibnu Mubarak )

Diriwayatkan dari Abu Ibn Malik juga ia berkata"bersabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tidaklah seorang hamba mempunyai tiga orang puteri lalu ia memberi nafkah kepada mereka samapi mereka dewasa atau mati ,melainkan mereka menjadi tabir baginya dari api Neraka" .Seorang perempuan berkata : Ya Rasullulah ,dan juga dua puteri ? Baginda menjawap :"juga dua orang puteri" .

Bila suami isteritidak punya anak ,dan sudah jelas mereka berdua atau salah seorang dari mereka tidak akan boleh punya anak kerana mandul atau lanjut usianya,keduanya atau salah satunya hendaklah mendekat kepada Allah SWT dengan doa Nabi Zakariah Alaihis Salam:
ertinya "Wahai Tuhanku ,berilah aku keturunan yang baik dari sisimu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Doa " (Ali Imran 38 ) " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia maha pengampun " Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat " .Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalammya )untukmu Sungai -sungai ." ( nuh 10-12 )

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA

"Hai anakku,jadikan takwa kepada Allah Ta'ala sebagai perdaganganmu,Engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan"

"Hai anakku,hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengigatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia'

"Hai anakku,Janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur diatas tempat tidurmu"

"hai anakku ,Janganlah menangguhkan taubat ,Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".
"Hai anakku ,Jangan engkau mencintai orang bodoh,sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".

"Hai anakku ,Jauhilah kejahatan ,nescaya kejahatan akan menjauhimu,kerana kejahatan berbangkit ".

"Hai anakku ,hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama(org bijaksana)kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah,sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat ,Jauhkan dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk kerana orang berdusta hilanglah air mukanya (rasa malunya),dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya,Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".

"Hai anakku ,sesungguhnya dunia itu laut yang dalam .Banyak orang yang hanyut didalamnya ,Jadikanlah takwah kepada Allah sebagai kapalmu didalamnya ,dan peralatannya iman kepadanya serata layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".

"Hai anakku ,apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,buatlah ia marah sebelumnya .jika dia berlaku bijaksana diwaktu marah,teruskanlah,kalau tidak, jauhilah dia ".

"Hai anakku ,sejak engkau datang kedunia ,engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat ,Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".

"Hai anakku ,biasakan lidahmu mengucapkan "Ya Allah ,ampunilah aku "kerana Allah mempunyai saat -saat ketika doa tidak ditolak ".

"Hai anakku ,janganlah engkau berhutang ,kerana berhutang adalah kerendahan disiang hari dan kesusahan di malam hari ",

Dalam riwayat Tarmizi:

"Peliharalah hak Allah nescaya engkau mendapatinya dihadapanmu,kenalilah Allah dikala sejahtera,nescaya Allah mengenalmu di kala susah ,dan ketahuilah ,yang luput darimu tidak akan menimpamu,dan yang menimpamu tidak akan luput darimu ,ketahuilah,pertolongan itu bersama kesabaran dan kebebasan itu bersama musibah dan sesungguhnya disamping kesulitan ada kemudahan .

KTUHBAH TERAKHIR NABI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah tahun 10 hijrah dilembah Uranah,gunung Arafah .

"Segala puji tertentu bagi Allah.Kami memujinya ,meminta pertolongan nya,memohon keampunannya dan taubat kepadanya.Dan kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri sendiri dan daripada keburukan amalan perbuatan kami .

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

"Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad ialah hamba Allah dan pesuruhnya.Aku berpesan dan berwasiat kepada kamu sekelian hamba Allah ,hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah dan taat kepadanya ,aku pula sentiasa memulakan dengan pekara yang baik .

Selain daripada itu,sekarang dengarlah baik-baik Wahai sekelian manusia - apa yang aku hendak terangkan .Aku hendak menyatakan kepada kamu kerana aku tidak mengetahui (tentang umurku)barangkali aku tidak dapat berjumpa dengan kamu lagi sesudah tahun ini,ditempat aku berucap ini .

"Ingatlah ! Bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah diharamkan kamu (menumpahkannya dan menggunakan dengan cara yang salah).Larangan yang demikian sama seperti kehormatan hari kamu ini(hari Wuquf) dan kehormatan yang ada pada bulan kamu ini (bulan Haji) juga kehormatan yang ada dinegeri kamu ini (tanah suci) .Kerana kamu menghadap Tuhan kamu:pada saat itu Dia menyoal kamu tentang segala amal perbuatan yang kamu lakukan.Apa kata Kamu ? Bukankan aku selama selama ini telah menyampaikan kepada kamu yang diperintahkan oleh Allah Azzawajalla.?

Setelah para umat muslimin yang berada disitu mengakui bahawa baginda te,lah menyampaikannya,Rasulullah menyambung khutbahnya,"ya Tuhanku engkaulah jua yang menjadi saksi.

"sesiapa yang ada menyimpan atau memegang amanah orang ,hendaklah dia mengembalikannya kepada tuannya .Dan bahawa riba dalam segala bentuk adalah batal dan haram dilakukan .

Lalu baginda membacakan sebahagian ayat 279 surah al -Baqarah yang bermaksud."Maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu .Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan juga tidak dizalimi oleh pihak lain .Allah Taala telah menetapkan bahawa riba itu tidak boleh dilakukan "

Setelah Rasulullah menerangkan bahawa segala amalan yang bertentangan dengan islam yang biasa dilakukan dalam zaman jahiliah meliputi tuntutan yang berhubung dengan riba ,pembunuhan dan lain-lainnya adalah batal dan tidak boleh dituntut lalu baginda membatalkan dua perkara serupa - riba dan pembunuhan -yang berhubung dengan kaum kerabat baginda sendiri sebagai contoh untuk menjadi ikutan .

"Sebenarnya syaitan telah berputus asa bahawa ia tidak akan disembah lagi di bumi kamu ini selama-lamanya ,tetapi dia akan berpuas hati dalam perkara-perkara yang lain kiranya kamu terdorong menurut hasutannya dengan melakukan maksiat kejahatan.Oleh itu awasilah terhadap angkaranya supaya kamu tidak terpesong daripada ajaran agama kamu ."

Seterusnya baginda menerangkan tentang bilangan bulan pada sisi hukum Allah ialah 12 bulan sebagaimana yang tersebut didalam Al-Quran,antaranya empat bulan yang dihormati khusus.

Wahai umat islam ,bertakwahlah kamu kepada Allah terhadap kaum perempuan .kamu wahai kaum lelaki! Mengambil perempuan (sebagai isteri) dengan Amanah Allah dan kamu berhubung dengan isteri kamu secara hallal dengan kalimah Allah.

"Kamu mempunyai hak dan menanggung kewajipan terhadap isteri kamu dan sebaliknya isteri kamu mempunyai hak dan menanggung kewajipan terhadap kamu.Antara hak-hak kamu terhadap isteri kamu ialah jangan mereka membenarkan masuk ke Rumah kamu sesiapa yang kamu tidak sukai.Jika isteri kamu melanggar larangan ini maka bolehlah kamu memukulnya.Antara hak-hak isteri terhadap kamu pula ialah hendaklah kamu memberi nafkahnya dan pakaiannya dengan cara yang baik .

Sebenarnya kaum perempuan memerlukan perlindungan kamu ,mereka tidak mampu membela dirinya sebagaimanayang sepatutnya .Oleh itu berlaku baiklah kamu terhadap kaum perempuan dan berpesan-pesanlah kamu sesama sendiri supaya menjadikan perintah ini amalan hidup masing -masing .

Fahamlah baik-baik apa yang telah aku terangkan ini dengan ini juga aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang ditugaskan aku menyampaikannya.Aku telah meninggalkan dalam kalangan kamu wahai umat islam dua perkara yang selagi kamu berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sekali -kali akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan sunah nabi-nya .

Orang Islam dengan Orang islam adalah bersaudara.Maka tidak bagi orang islam mengambil hak milik atau hartabenda orang lain kecuali yang diberikan dengan kerelan hatinya .Oleh itu awaslah! Jangan berlaku zalim kepada diri sendiri kamu sendiri dan kepada orang lain .

Wahai umat manusia! Bahawa Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu Adam .kamu semua adalah keturunan Adam dan Adam itu pula berasal dari tanah.sebenarnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang lebih takwahnya diantara kamu .Tidak ada kelebihan bagi seorang keturunan Arab melainkan dengan takwa .Dan dengan ini aku menyampaikan dan Allah jualah menjadi saksi .

Setelah Rasulullah menerangkan beberapa pekara lagi tentang hukum pembahagian harta pusaka ,hukum berwasiat ,hukum anak yang dilahirkan diluar nikah dan hukum anak yang berbinkan bapa angkatnya ,maka baginda mengakhiri khutbahnya yang bersejarah itu dengan bertanya ," Kamu semua akan ditanya tentang tugasku, maka apakah yang kamu akan katakan?

Mereka yang hadir beramai -ramai menjawap "Kami tetap menjadi saksi dengan mengakui bahawa sesungguhnya tuan ya Rasulullah telah menyampaikan dan telah menunaikan tugas tuan ,tuan juga telah menasihati kami '

Lalu Rasulullah menghalakan jari telunjuknya kearah langit kemudian menunjuk kearah mereka sambil berkata ."Ya Tuhan ku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi.Ya Tuhanku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi ,Ya Tuhanku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi .

Pada sebelah petang hari yang sama turun firman Allah yang bermaksud :....." Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan Aku Redha akan Islam menjadi agama kamu ...." (surah al-maaidah 5:3 .

Dipetik daripada buku koleksi cerita mister manusia aneh di tanah suci tulisan Hj Anuar Muzafar .

15 AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAT..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
BERWASAPADALAH 15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAYANG
Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk Neraka Saqar ini . Mereka menjawab:
"kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembayang " .(Al-Muddathsir 42 dan 43)


6 Azab ketika didunia.


Dihilangkan keberkatan umurnya.


Terhapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya.


Segala amalanya tidak dikurniakan pahala.


Do'anya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.


Tiada doa daripada salihin untuknya .


Keluar Roh dari jasad tanpa IMAN.


3 Azab ketika hampir Mati.

Kematiannya penuh kehinaan

Kematiannya didalam kelaparan yang hebat.

Kematiannya didalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab ketika didalam kubur .

Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.

Dinyalakan api didalam kuburnya lalu dibalik-balikkan diatas bara api itu .

Datanglah seekor ular bernama Syujja'ul Aqra,suaranya laksana petir,ia berkata ,"Hai manusia ! .Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor sehingga Asar kerana kamu meninggalkan fardu Zohor,dari Asar hingga Magrib kerana meninggalkan fardu Asar".Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat .

3 Azab ketika bertemu Allah SWT

Datang malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat kedalam mulutnya kemudian dia disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.

Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya .

Baginya azab yang pedih .

dipetik dari bulletin bil:02/06 Masjid Tmn perling jb

Saturday, February 03, 2007

DAPATKAN REZEKI.......DENGAN CARA YANG HALAL

Hari ini aku bertugas di tempat promosi.....Angsana Johor pada sebelah pagi dan sebelah petang di pejabat.....semoga hari aku mendapat rezeki dari yang maha kuasa.....segala rezeki adalah dengan kehendaknya....kita harus paham konsep tiga segi iaitu Allah......pelanggan anda.......anda.Tapi tanpa usaha , doa dan kesabaran....ia tak akan berjaya.

Dapatkan Rezeki yang halal untuk kelurga Anda...kerana ia akan menjadi darah daging..yang akan membentuk sikap dan segala-galanya keperibadian kelurga Anda.Hanya anda yang mengetahui darimana punca rezeki Anda?.Mulakan hari ini dengan langkah......pertama untuk menuju perubahan...... dan mencapai kejayaan anda....MULAKAN WALAUPUN SEDIKIT .

DAPATKAN SALURAN KLIK LLAIN SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN ANDA :
HANYA 5 MINIT SEHARI.....SILA INK DI BAWAH


http://www.adbrite.pasarbisnis.info?id=ahohel

Semoga anda mendapat apa yang anda inginkan