Sunday, February 18, 2007

KTUHBAH TERAKHIR NABI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah tahun 10 hijrah dilembah Uranah,gunung Arafah .

"Segala puji tertentu bagi Allah.Kami memujinya ,meminta pertolongan nya,memohon keampunannya dan taubat kepadanya.Dan kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri sendiri dan daripada keburukan amalan perbuatan kami .

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

"Aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad ialah hamba Allah dan pesuruhnya.Aku berpesan dan berwasiat kepada kamu sekelian hamba Allah ,hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah dan taat kepadanya ,aku pula sentiasa memulakan dengan pekara yang baik .

Selain daripada itu,sekarang dengarlah baik-baik Wahai sekelian manusia - apa yang aku hendak terangkan .Aku hendak menyatakan kepada kamu kerana aku tidak mengetahui (tentang umurku)barangkali aku tidak dapat berjumpa dengan kamu lagi sesudah tahun ini,ditempat aku berucap ini .

"Ingatlah ! Bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah diharamkan kamu (menumpahkannya dan menggunakan dengan cara yang salah).Larangan yang demikian sama seperti kehormatan hari kamu ini(hari Wuquf) dan kehormatan yang ada pada bulan kamu ini (bulan Haji) juga kehormatan yang ada dinegeri kamu ini (tanah suci) .Kerana kamu menghadap Tuhan kamu:pada saat itu Dia menyoal kamu tentang segala amal perbuatan yang kamu lakukan.Apa kata Kamu ? Bukankan aku selama selama ini telah menyampaikan kepada kamu yang diperintahkan oleh Allah Azzawajalla.?

Setelah para umat muslimin yang berada disitu mengakui bahawa baginda te,lah menyampaikannya,Rasulullah menyambung khutbahnya,"ya Tuhanku engkaulah jua yang menjadi saksi.

"sesiapa yang ada menyimpan atau memegang amanah orang ,hendaklah dia mengembalikannya kepada tuannya .Dan bahawa riba dalam segala bentuk adalah batal dan haram dilakukan .

Lalu baginda membacakan sebahagian ayat 279 surah al -Baqarah yang bermaksud."Maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu .Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan juga tidak dizalimi oleh pihak lain .Allah Taala telah menetapkan bahawa riba itu tidak boleh dilakukan "

Setelah Rasulullah menerangkan bahawa segala amalan yang bertentangan dengan islam yang biasa dilakukan dalam zaman jahiliah meliputi tuntutan yang berhubung dengan riba ,pembunuhan dan lain-lainnya adalah batal dan tidak boleh dituntut lalu baginda membatalkan dua perkara serupa - riba dan pembunuhan -yang berhubung dengan kaum kerabat baginda sendiri sebagai contoh untuk menjadi ikutan .

"Sebenarnya syaitan telah berputus asa bahawa ia tidak akan disembah lagi di bumi kamu ini selama-lamanya ,tetapi dia akan berpuas hati dalam perkara-perkara yang lain kiranya kamu terdorong menurut hasutannya dengan melakukan maksiat kejahatan.Oleh itu awasilah terhadap angkaranya supaya kamu tidak terpesong daripada ajaran agama kamu ."

Seterusnya baginda menerangkan tentang bilangan bulan pada sisi hukum Allah ialah 12 bulan sebagaimana yang tersebut didalam Al-Quran,antaranya empat bulan yang dihormati khusus.

Wahai umat islam ,bertakwahlah kamu kepada Allah terhadap kaum perempuan .kamu wahai kaum lelaki! Mengambil perempuan (sebagai isteri) dengan Amanah Allah dan kamu berhubung dengan isteri kamu secara hallal dengan kalimah Allah.

"Kamu mempunyai hak dan menanggung kewajipan terhadap isteri kamu dan sebaliknya isteri kamu mempunyai hak dan menanggung kewajipan terhadap kamu.Antara hak-hak kamu terhadap isteri kamu ialah jangan mereka membenarkan masuk ke Rumah kamu sesiapa yang kamu tidak sukai.Jika isteri kamu melanggar larangan ini maka bolehlah kamu memukulnya.Antara hak-hak isteri terhadap kamu pula ialah hendaklah kamu memberi nafkahnya dan pakaiannya dengan cara yang baik .

Sebenarnya kaum perempuan memerlukan perlindungan kamu ,mereka tidak mampu membela dirinya sebagaimanayang sepatutnya .Oleh itu berlaku baiklah kamu terhadap kaum perempuan dan berpesan-pesanlah kamu sesama sendiri supaya menjadikan perintah ini amalan hidup masing -masing .

Fahamlah baik-baik apa yang telah aku terangkan ini dengan ini juga aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang ditugaskan aku menyampaikannya.Aku telah meninggalkan dalam kalangan kamu wahai umat islam dua perkara yang selagi kamu berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sekali -kali akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan sunah nabi-nya .

Orang Islam dengan Orang islam adalah bersaudara.Maka tidak bagi orang islam mengambil hak milik atau hartabenda orang lain kecuali yang diberikan dengan kerelan hatinya .Oleh itu awaslah! Jangan berlaku zalim kepada diri sendiri kamu sendiri dan kepada orang lain .

Wahai umat manusia! Bahawa Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu Adam .kamu semua adalah keturunan Adam dan Adam itu pula berasal dari tanah.sebenarnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang lebih takwahnya diantara kamu .Tidak ada kelebihan bagi seorang keturunan Arab melainkan dengan takwa .Dan dengan ini aku menyampaikan dan Allah jualah menjadi saksi .

Setelah Rasulullah menerangkan beberapa pekara lagi tentang hukum pembahagian harta pusaka ,hukum berwasiat ,hukum anak yang dilahirkan diluar nikah dan hukum anak yang berbinkan bapa angkatnya ,maka baginda mengakhiri khutbahnya yang bersejarah itu dengan bertanya ," Kamu semua akan ditanya tentang tugasku, maka apakah yang kamu akan katakan?

Mereka yang hadir beramai -ramai menjawap "Kami tetap menjadi saksi dengan mengakui bahawa sesungguhnya tuan ya Rasulullah telah menyampaikan dan telah menunaikan tugas tuan ,tuan juga telah menasihati kami '

Lalu Rasulullah menghalakan jari telunjuknya kearah langit kemudian menunjuk kearah mereka sambil berkata ."Ya Tuhan ku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi.Ya Tuhanku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi ,Ya Tuhanku ! Engkaulah jua yang menjadi saksi .

Pada sebelah petang hari yang sama turun firman Allah yang bermaksud :....." Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan Aku Redha akan Islam menjadi agama kamu ...." (surah al-maaidah 5:3 .

Dipetik daripada buku koleksi cerita mister manusia aneh di tanah suci tulisan Hj Anuar Muzafar .

No comments: