Wednesday, August 26, 2009

SEKADAR RENUNGAN.....FADILAT RAMADAN.


Rasulullah s.a.w bersabda, Maksudnya " Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka " Hadis riyawat Ahmad dan Baihaqi .

Hurainnya : Ibadat puasa sekiranya dihayati ia sebenarnya bertindak sebagai perisai yang memelihara orang Islam daripada melakukan kejahataan. Apabila terpelihara dari kejahatan tentunya diri selamat dari neraka.

Wednesday, April 29, 2009

BEBERAPA PANDUAN UNTUK WANITA MUSLIMAH.

Segala puji hanya milik Allah, shalawatbdan salam atas Rassullulah,kelurga dan para sahabat beliau. Wa ba'du: Berikut ini beberapa hukum dan pengarahan yang berkaitan hijab dan Ikhtilath (pergaulan bebas ) , hukum khalawat ( berduaan lelaki dan perempuan ) Selainnya kita mohan pada Allah agar tulisan ini bermanafaat .

Pertama : Perintah berhijab .

Hijab yang sesuai dengan ajaran Islam ialah wanita yang menutup apa yang diharamkan baginya untuk diperlihatkan , yang penting ialah menutup wajahnya kerana itu tempat fitnah. Disyaratkan dalam berhijab.

1.Menutup seluruh badan wanita .
2.Bukan pakaian perhiasan (membuka aurat) dan memperlihatkan kecantikan .
3.Tidak sempit yang memperlihatkan bentuk tubuh wanita .
4.Tidak menyerupai pakaian orang2 yahudi dan nasarani.

Allah Ta'ala berfirman :Katakan kepada wanita yang beriman ,hendaklan mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakan perhiasan mereka kecuali yang boleh daripadanya ,hendaklah mereka menutup kain kerudung kedada mereka .( Q.S An-Nur.31 )

Kewajiban segenap umat islam ialah bertakwah kepada Allah dan menahan tangan orang2 jahli dari perbuatan dosa. melarang wanita dari seluruh yang diharamkan oleh allah akan mereka yang berhijab dan menutup aurat serta menajuhi murka Allah yang maha suci dari siksnya yang besar.

2. Hukum memandang wanita yang bukan Mahram.

Seorang lelaki tidak dibolehkan memandang wanita yang bukan mahram,lebih dari pandangan tidak sengaja kecuali keadaan terpaksa mengkehendaki untuk memandangnya seperti pada keadaan menyelamatkannya dari bahaya tenggelam ,kebakaran ,peperiksan kesihatan jika tidak ada wanita yang dapat melakukannya .
Allah ta'ala berfirman : Katakan pada lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka .sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat (Q.S An-Nur 30).

3. Hukum berkhalwat berduan dengan wanita yang bukan Mahram.

Tidak boleh berduan dengan wanita yang bukan mahram,sekalipun saudara dekat selama ia bukan mahram.Berdasarkan sabda Nabi :

Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita melainkan syetan menjadi yang ketiga dari mereka berdua ( Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dengan sanad yang shaih )

Kita memohon kepada Allah agar dia memelihara kita dari syetan dan menjauhkan kita dari seluruh penyebab fitnah , sesungguhnya ia maha mendengar dan mengetahui dan mengabulkan doa.semoga allah memberi salawat dan salam kepada nabi kita Muhammad.

Saturday, April 25, 2009

SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.

Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,

tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya


Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,

setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya

kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

dan dapat menghidu bau syurga .Ini bergantung kepada amalan masing-masing.

Monday, March 16, 2009

Indahnya Malam Pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak-tangis sanak-saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok kita....
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....


Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia.. semua yang
mengasyikkan... menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang
menjemukan, lupa kita isi dengan hal-hal yang dapat menyinari jiwa, yang
nantinya akan kita bawa kepada NYA.


Mengapa susah menerima kebenaran?

Apakah karena kosongnya jiwa

yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?


Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita,
sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''

Thursday, March 05, 2009

PESANAN LOQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK2NYA...

Daripada Abdullah bin Amar r.a ,Rasulullah bersabda ; Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

1. Hai , anakku ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam banyak manusia yang karam didalamnya.Bila engkau ingin selamat layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Takwa isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah.

2.Orang- orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya mendapat penjagan Allah.Orang yang insaf sedar setelah menerima nasihat dari orang lain . Dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga.

3. bersambung.....

Sunday, March 01, 2009

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG MESTI DIIKUTI.

Sebelum Imam Shafie wafat ,beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut.
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia ini dalam keadaan selamat maka dia hendaklah mengamalkan sepuluh perkara .
  1. Hak kepada diri -iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan ,mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .
  2. Hak kepada malaikat maut - Iaitu mengqadakan kewajipan -kewajipan yangtertinggal,mendapatkan kemaafandari orang yang dizalim,membuat persedian untuk mati berasacinta pada Allah.
  3. Hak kepada kubur - Iaitu membuang tabiat suks menabur fitnah,membuang tabiatkencing merata- rata,memperbanyakan solat tahujjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak kepada Munkar dan Nakir - iaitu tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat mensihat.
  5. Hak kepada Mizan( Neraca timbangan amalan pada hari Akhirat ). Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir,mengikhlaskan amalandan sanggup menanggung kesulitan
  6. Hak kepada Sirat - ( Titian yang merentangi Neraka pada hari akhirat ).Membuang tabiat sukamengumpat ,wara, suka membantu orang berimandan suka berjemaah.
  7. Hak kepada Malik - (Malikat penjaga Neraka ) Iaitu menanggis lantaran takutkan Allah s.w.t .berbuat baik kepada Ibu Bapa,bersedekah ,ketika terang -teranganserta sembunyi dan memperelok AAkhlak .
  8. Hak kepad Redwan ( Malikat penjaga Syurga ).Iaitu merasa redakepada qadha Allah,bersabar menerima bala,bersyukur keatas nekmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat .
  9. Hak kepada Nabi s.a.w - iaitu berselwat keatasnya ,berpegang dengan syariat,bergantung kepada Al- sunah ( Hadis) menyangai para sahabat dan bersaling dalam mencari kelebihan Allah .
  10. Hak kepada Allah s.w.t iaitu mengajak manusia kearah kebaikan ,mengcegah manusia dari kemungkaran ,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .
  11. Semoga kita dapat beramal dengan wasiat -wasiat Iman Shafie yang amat berguna ini

SEKADAR RENUNGAN BUAT SAYA DAN SAUDARA.....

EMPAT DARJAT MANUSIA .


KHALIL BIN AHMAD MENYATAKAN ,BAHAWA MANUSIA TERBAHAGI KEPADA EMPAT MACAM,IAITU ...

  • MANUSIA YANG TAHU MENGERTI ,DAN DIA TAHU BAHAWA IA TAHU ,YANG DEMIKIAN IALAH MANUSIA YANG BERILMU,YANG BOLEH MENJADI PEMIMPIN .
  • MANUSIA YANG TAHU ,TAPI IA TIDAK TAHU BAHAWA IA TAHU ,ORANG YANG DEMIKIAN SEDANG TERTIDUR DAN PERLU DIBANGUNKAN .
  • ORANG YANG TIDAK TAHU ,DAN DIA TAHU BAHAWA IA TIDAK TAHU, ORANY YANG DEMIKIAN PERLU DIBIMBING SUPAYA MENJADI ORANG YANG CERDAS
  • ORANG YANG TIDAK TAHU DAN TIDAK TAHU BAHAWA IA TAHU .ORANG DEMIKIAN PERLU DIJAUHI .

TINGGALKAN LIMA PERKARA .

  • TINGGALKAN PANDANGAN YANG LIAR ,NESCAYA ANDA TEKUN DAN KHUSUK
  • TINGGALKANLAH PERKATAAN YANG BERLEBIH -LEBIHAN ,NESCAYA ANDA MENDAPAT HIKMAT DAN MENJADI ORANG YANG BIJAKSANA ..
  • TINGGALKAN MAKAN YANG MELAMPAU BATAS ,NESCAYA ANDA AKAN SIHAT DAN RAJIN MELAKUKAN IBADAT .
  • TINGGALKAN MELIHAT AIB ORANG LAIN ,NESCAYA ANDA AKAN MENGENAL CACAT ANDA SENDIRI
  • TINGGALKAN LAH PENYELIDIKAN YANG TERLAMPAU MENDALAM TENTANG ZAT ALLAH ,NESCAYA ANDA TERHINDAR DARI KERAGUN-KERAGUAN DAN KEMUNAFIKAN .

SEKADAR RENUNGAN BUAT SAYA DAN SAUDARA.....

EMPAT PERKARA YANG TIDAK PERNAH PUAS.

    • TANAH DARI AIR
    • WANITA DARI LELAKI
    • MATA DARI MEMANDANG( MELIHAT )
    • ORANG ALIM DARI ILMU .
HADIS RIWAYAT HAKIM

EMPAT PEKARA YANG MEMBINASAKAN

  • PENGLIHATAN YANG TERTUTUP
  • HATI YANG KESAT
  • TAMAK (RAKUS)
  • PANJANG ANGAN -ANGAN
HADIS RIWAYAT ABU NAIM DARI ANAS

WASIAT RASULLAH S.A.W.

"TELAH BERSABDA RASULLAHS.A.W.JIBRIL SENTIASA MENG HARAPKAN AKAN MENJADI MANUSIA KERANA TUJUH PERKARA IAITU ,SEMBAYANG BERJEMAAH YANG LIMA WAKTU,DUDUK BERSAMA ULAMA -ULAMA,MENZIAHARI ORANG SAKIT ,MENGHANTAR JENAZAH,MEMBERI AIR MINUM,MENDAMAIKAN DIANTARA DUA ORANG YANG BERMUSUH MUSUHAN DAN MEMULIAKAN JIRAN SERTA ANAK YATIM .MAKA BERSUNGGUH -SUNGGUH ENGKAU ATAS PERKARA TERSEBUT"

TELAH BERSABDA RASULLAH S.A.W : BERAMALLAH ENGKAU DENGAN LURUS HATI KERANA ALLAH .BAHAWASNYA ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA MALAINKAN ORANG YANG LURUS HATINYA .ALLAH TELAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUT "BARANG SIAPA MENGHARAP UNTUK BERJUMPA DENGAN TUHANNYA MAKA HENDAKLAH DIA BERAMAL YANG BAIK DAN JANGAN MENGPERSEKUTUKAN TUHAN DENGAN APA JUA PUN "