Saturday, July 14, 2007

PENGURUSAN MASA MENURUT ISLAM....

Saydinah Umar Al Khattab pernah menasihati seseorang yang membuang masa tanpa beroleh manafaat.Katanya "saya benci melihat orang yang meluangkan waktu tanpa diisi dengan kegiatan ukhrawi dan tidak pula kegiatan duniawi.

Ini jelas dalam kehidupan seorang muslim disarankan mengisi masa terluang dengan kerja-kerja postif atau lebih baik digunakan untuk membangunkan kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu uruskanlah waktu sebaik mungkin dengan manafaat setiap detik dengan aktiviti berfeadah seperti mengurus rumah tangga ,menuntut ilmu ,mendidik anak ,menambah kemahiran hidup ,meningkatkan ilmu didada dan banyak lagi .

Yang pasti setiap individu mempunyai pola pengurusan waktu yang berbeza.Antara faktor yang penting dalammenentukan pola penyusunan waktu ialah .....

A) Memahami betapa pentingnya waktu kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian . Dalam Al- Quran Allah SWT bertanya yang bermaksud: 'Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi ? "Mereka menjawab : kami tinggal ( dibumi ) sehari atau setengah hari ,Maka tanyakanlah kepada orang yang menghitung. (Surah Al Mukminun ayat 113 )

B) Ketahuilah setiap detik yang berlalu akan dihitung dihadapan Allah .Firman Allah bermaksud :" Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu mengenai kenikmatan yang kamu megah-megahkan didunia ." (Surah Al Takatsur ayat 8 ) . Rasulullah besabda bermaksud : tidak akan melangkah dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya empat perkara : Usianya untuk apa dia habiskan masa mudanya,Bagaimana ia habiskan hartanya darimana ia dapat dan pada jalan apa dikeluarkan , Serta ilmunya apa yang dilakukan dengannya ." Hadis riwayat Al Bazzar dan Thabarani.

C) Memahami ibadat secara menyeluruh dan bukan setakat solat dan ibadat ritual sahaja. Apa yang dilakukan dengan Ikhlas dan niat dianggap sebagai ibadat untuk mencapai keredaan Allah . Antaranya bercucuk tanam dan menggunakan kemahiran diri dalam perkerjaan dan ibadat .

D) Keseimbangan dunia dan akhirat ,penuhi dengan amalan dan aktiviti yang bersifat roh , akal dan jasad iaitu tidak melupakan bahawa akal , jasad dan roh memerlukan makanan masing2 . Keseimbangan ketiga-tiganya akan menjadi bekalan untuk kita menjalankan tugas. Contohnya ,membaca Al Quran untuk kerohanian ,buku ilmiah untuk santapan akal dan senaman untuk jasad .

E) Optimumkan waktu tanpa melupakan faktor kemampuan dan tenaga yang di miliki . Aktiviti yang terlalu padat akan membebankan seorang sehingga tidak ada satu pun tugas dilaksanakan dengan baik .

Allah berfirman yang bermaksud . " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (daripada kebajikan ) yang diusahakan dan mendapat seksa ( daripada kejahatan )yang dikerjakannya . Surah Ali Imran ayat 286 .

F) Usah mungkir janji. Walaupun janji yang dilafaz tidak penting dimata seseorang namun ia harus dipenuhi .Berusahalah untuk melaksanakan apa yang dijanjikan kerana jika dimungkiri hanya menambah dosa sahaja. Rasulullah bersabda bermaksud " Tanda2 orang munafik ada tiga . Jika berbicara ia dusta , jika berjanji ia menyalahkannya dan jika diamanahkan ia khianat." Mutafaq'alaih.

Berpandukan kepada pecahan itu ...Uruskanlah waktu dengan baik semoga diberkati Allah S.W.T . Insyallah seseorang itu akan dapat menguruskan waktu dengan bijak dan mampu memenuhi pelbagai aktiviti dalam hidupnya sesuai dengan keutaman masing2.

No comments: