Friday, June 16, 2017

NIAT-NIAT KETIKA MEMBACA AL-QURAN

Ramai dari kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur'an berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur'an, yaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Qur'an. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan."
فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها:
Al-Qur'an itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu  adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.
Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Qur'an, antaranya :
١- اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.
٢- اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon hidayah dari ALLAH SWT.
٣- اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada ALLAH.
٤- اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.
٥- اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan meminta kepada ALLAH SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).
٦- اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب
Saya niat membaca Al-Qur'an ini karena ia merupakan obat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan ma'mur (dengan iman).
٧- اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan/hidangan dari ALLAH Taala.
٨- اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين
Saya niat membaca Al-Qur'an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat ALLAH.
٩- اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada ALLAH.
١٠- اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mentaati perintah ALLAH SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Qur'an dengan tartil.
١١- اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya ALLAH melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.
١٢- اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Qur'an pada hari kiamat kelak.
١٣- اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.
١٤- اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan semoga ALLAH SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Qur'an dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Qur'an.
١٥- اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapak saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.
١٦- اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk dekatkan diri kepada ALLAH SWT melalui kalamNya.
١٧- اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan daripada golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.
١٨- اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan (agar termaauk dari golongan) orang yang mahir membaca Al-Qur'an akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.
١٩- اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab ALLAH.
٢٠- اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan ALLAH SWT.
٢١- اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar tidak menghinakan/mensia-siakan umur.
٢٢- اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.
٢٣- اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.
٢٤- اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh ALLAH SWT kepada makhluk di sisiNya.
٢٥- اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi ALLAH.
٢٦- اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب
Saya niat membaca Al-Qur'an agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).
٢٧- اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.
٢٨- اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ALLAH menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Qur'an dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.
٢٩- اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga. 
٣٠- اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ.
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan agar ALLAH mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW
٣١- اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.
٣٢- اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain ALLAH.
٣٣- اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة
Saya niat membaca Al-Qur'an ini dengan tujuan memohon agar ALLAH memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.
فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد.
Maka marilah kita menjadi ahlil Qur'an, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu ALLAH SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.
علي هذه النيات وعلي نية صالحة لنا ولهم الفاتحة...
SILA SHARE DAN SEBARKAN

No comments: